Tentang Kami

Affin Bank Berhad ( AFFINBANK ) adalah subsidiari milik penuh Affin Holdings Berhad yang tersenarai di Bursa Malaysia. AFFINBANK mula beroperasi pada bulan Januari 2001 susulan daripada penggabungan Perwira Affin Bank Berhad dan BSN Commercial (M) Berhad pada bulan Ogos 2000. Pada Jun 2005, ia bergabung dengan Affin-ACF Finance Berhad.

AFFINBANK menawarkan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan kewangan yang memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan individu dan korporat. Sasaran bidang pihak perniagaan pihak Bank telah dikategorikan di bawah unit-unit perniagaan utama di dalam Bank, iaitu Perbankan Perniagaan, Perbankan Pengguna dan ’Treasury’. Perbankan Perniagaan menawarkan perkhidmatan perbankan korporat, pembiayaan kewangan kontrak dan pembiayaan kewangan dagangan kepada syarikat-syarikat korporat pelanggan-pelanggan institusi dan perusahaan kecil / sederhana (’SME’). Perbankan Pengguna menawarkan kad-kad kredit, pinjaman-pinjaman peribadi, pembiayaan hartanah, perkhidmatan akaun semasa / simpanan dan juga pinjaman pembiayaan kenderaan kepada individu-individu.

Cogan kata kami “Perbankan Tanpa Batasan” menghalang penghapusan halangan-halangan yang terada dalam proses-proses Bank dan juga perubahan di dalam perkhidmatan pelanggan kami. Seterusnya ia juga melambangkan usaha pihak Bank dalam memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan dan meningkatkan perkhidmatan kami sebagai tanda penghargaan kepada mereka dan juga mengekalkan perhubungan baik dengan pelanggan-pelanggan tersebut. Secara ringkas, AFFINBANK telah menggunakan kaedah baru di dalam perbankan dan mengubah cara perbankan konvensional.

AFFINBANK juga menyediakan produk-produk perbankan Islam melalui subsidiari perbankan Islam iaitu Affin Islamic Bank Berhad ( AFFIN ISLAMIC ). AFFIN ISLAMIC bermula operasi sebagai entiti perbankan Islam sepenuhnya pada 1 April 2006, dan menawarkan produk dan khidmat Perbankan Islam untuk pelanggan-pelanggan individu dan korporat yang mematuhi undang-undang Syariah.

Pada 31 Disember 2016, AFFINBANK mempunyai 107 cawangan di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari  www.affinbank.com.my atau kunjungi mana-mana cawangan AFFINBANK atau AFFIN ISLAMIC.