Semua Ahli Kad Kredit Affin Bank Berhad (“AFFIN BANK”) dan Affin Islamic Bank (“AFFIN ISLAMIC”) layak mendapat Ganjaran AFFIN (“Ahli Kad yang Layak”), kecuali Ahli Kad Basic Credit Card, Business Platinum Card, Single Purpose Card, AFFIN DUO Visa Cash Back and AFFIN DUO+ Visa.
Nota:
Berkuat kuasa mulai 18 Mac 2022, pihak Bank akan menamatkan Mata Ganjaran AFFIN untuk transaksi runcit dan dalam talian yang dibuat dengan Kad Debit AFFIN.
Mata Ganjaran AFFIN yang diperoleh dan terkumpul sebelum pemberhentian akan kekal dalam akaun Kad dan sah untuk tempoh tiga tahun (36 bulan) dari tarikh pengeluaran mata. Ahli Kad yang Layak boleh menebus Mata Ganjaran AFFIN melalui talian sebelum tarikh luput Mata Ganjaran AFFIN.
Sebagai Ahli Kad yang Layak, anda dapat memperolehi dan mengumpulkan Mata Ganjaran AFFIN untuk perbelanjaan dengan Kad Kredit AFFIN BANK/AFFIN ISLAMIC yang Layak, kecuali perbelanjaan/ transaksi daripada kategori berikut:
Pengecualian Mata Ganjaran AFFIN |
Kod Kategori Pedagang (MCC) |
Stesen Minyak |
5541, 5542 |
Perkhidmatan Kerajaan & Utiliti |
9211, 9222, 9223, 9311, 9399, 9402, 9405, 4812, 4813, 4814, 4816, 4821, 4899 & 4900 |
Organisasi Kebajikan dan Perkhidmatan Sosial |
8398 |
Jenis Kad |
Kelayakan mata ganjaran AFFIN Rewards |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Catatan:
Tiada Mata Ganjaran AFFIN akan diberikan untuk perbelanjaan amal, kerajaan, petrol, utiliti dan pembayaran melalui JomPAY dan FPX.
Rujuk www.affinalways.com untuk maklumat lebih lanjut mengenai faedah dan Terma dan Syarat AFFIN Cards.
Mata Ganjaran AFFIN akan dikreditkan ke dalam akaun Ganjaran AFFIN anda setelah transaksi runcit tertentu diproses oleh pedagang (transaksi runcit yang diposting). Secara amnya, tempoh diperlukan adalah dalam masa seminggu.
Anda boleh menebus mata ganjaran AFFIN Rewards secara dalam talian untuk barangan, baucar atau airmiles di https://rewards.affinbank.com.my
Anda boleh merujuk penyata bulanan kad kredit anda atau periksa dari semasa ke semasa di https://rewards.affinbank.com.my
Anda boleh melakukan penebusan dalam talian seperti berikut :
Langkah 1 : Daftar atau log masuk di https://rewards.affinbank.com.my
Langkah 2 : Imbas katalog dan pilih barangan yang hendak ditebus
Langkah 3 : Setelah dipilih, klik ‘SIMPAN DI TROLI’ dan seterusnya pilih untuk daftar keluar
Langkah 4 : Masukkan maklumat penghantaran dan sahkan penebusan anda
Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk melakukan ‘Log Pertama’ di https://rewards.affinbank.com.my/affinrewards/account/registration:
Langkah 1 : Klik ‘Log Pertama’
Langkah 2 : Baca dan terima Terma & Syarat dan klik ‘Teruskan’
Langkah 3 : Bina ID Pilihan dan Kata Laluan dan klik ‘Teruskan’
Langkah 4 : Sahkan identiti (contoh; Kad Pengenalan & Tarikh Lahir) and Soalan Keselamatan dan klik ‘Teruskan’
Langkah 5 : Masukkan OTP yang dihantar ke telefon mudah alih anda dalam Pengesahan Kata Laluan (akhir)
Mata Ganjaran AFFIN dari semua Kad AFFIN yang Layak anda (termasuk Kad Debit) akan digabungkan secara automatik ke dalam akaun Ganjaran AFFIN anda
Semua Mata Ganjaran AFFIN yang diperolehi oleh Ahli Kad Tambahan anda akan digabungkan secara automatik dan dikreditkan ke dalam akaun Ganjaran AFFIN anda (sebagai Ahli Kad Kredit Utama).
Penebusan mata ganjaran AFFIN Rewards hanya boleh dibuat oleh Ahli Kad Kredit Utama
Hanya penebusan penuh dengan mata ganjaran AFFIN Rewards tersedia buat masa ini.