22 Februari 2022
Pelanggan yang Dihargai,
Berkuat kuasa mulai 18 Mac 2022, Bank akan menamatkan Mata Ganjaran AFFIN untuk transaksi runcit yang dibuat dengan Kad Debit VISA AFFIN BANK/AFFIN ISLAMIC
Pelanggan masih boleh menebus Mata Ganjaran AFFIN anda selepas penamatan melalui laman web https://rewards.affinbank.com.my
Selaras dengan penamatan mata Ganjaran untuk transaksi Kad Debit, Terma dan Syarat Program Ganjaran AFFIN sudah dikemas kini dengan mengeluarkan maklumat Kad Debit. Terma dan Syarat yang dikemas kini akan berkuat kuasa dua puluh satu (21) hari kalendar daripada tarikh notis ini.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) seperti yang dilampirkan atau hubungi Pusat Perhubungan kami di talian 03-8230 2222 atau layari laman web kami di www.affinalways.com
Terima kasih atas sokongan anda.