Semakan semula Nilai Penebusan Mata Ganjaran AFFIN Rewards

Semakan semula Nilai Penebusan Mata Ganjaran AFFIN Rewards

Ahli Kad yang dihargai,

Mulai 1 Februari 2019, AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC akan menyemak semula dengan mengurangkan Nilai Penebusan Mata Ganjaran AFFIN Rewards untuk kedua-dua Kad Kredit AFFINBANK dan Kad Kredit-i AFFIN ISLAMIC.

Dengan semakan semula Nilai Penebusan Mata Ganjaran ini, akan meletakkan mata ganjaran Kad Kredit AFFINBANK dan Kad Kredit-i AFFIN ISLAMIC setanding dengan Bank lain. Langkah ini sejajar dengan hala tuju strategik Bank untuk menyelesaikan nilai mata ganjaran dimasa akan datang.

Pada dasarnya, memperolehi dan menebus Kad Kredit AFFINBANK dan Kad Kredit-i AFFIN ISLAMIC tetap tidak terjejas. Tawaran Kad Kredit AFFINBANK dan Kad Kredit-i AFFIN ISLAMIC masing-masing tidak berubah.

Sebagai contoh, Kad Kredit AFFINBANK World Mastercard menawarkan 1x mata ganjaran untuk transaksi domestik dan 3x mata ganjaran untuk transaksi luar negara. Tawaran produk ini kekal tidak berubah walaupun selepas penukaran Nilai Penebusan Mata Ganjaran AFFIN Rewards.

Semakan nilai penebusan mata ganjaran untuk Kad Kredit AFFINBANK dan Kad Kredit-i AFFIN ISLAMIC digambarkan seperti jadual berikut:

Nilai Penebusan Mata Ganjaran AFFIN Rewards sedia ada
 

Semakan Nilai Penebusan Mata Ganjaran AFFIN Rewards
 (Berkuatkuasa 1 Februari 2019)

Mata Ganjaran AFFIN

Nilai Penebusan Mata Ganjaran AFFIN Rewards

Mata Ganjaran AFFIN

Nilai Penebusan Mata Ganjaran AFFIN Rewards

200

RM 1.00

450

RM 1.00